MEI 2024

Abang Johari Terima Kunjungan Hormat Duta Amerika Syarikat


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Edgard D. Kagan  di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini pada Selasa.

Kunjungan berkenaan antara lain  memperkasakan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam pelbagai sektor termasuk menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar dan 'menghijaukan' rantau ini.

Kerjasama dalam pelbagai bidang  ini akan membawa manfaat jangka panjang kepada kedua-dua pihak.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh.